Tuesday, April 19, 2011

khabar apa

i'm bitten by writing bug again after seeing aizat's entry - good job on your blog aizat...and others too, who still maintain your personal blogs. please continue, sekali-sekala kita masih perlu menulis, meluahkan isi hati, rasa pendapat. kalau-kalau ada hasil nukilan creative writing tu, sila-silakan lah share. mana tahu ada bakal pengganti J.K. Rowling atau Isaac Asimov atau Michael Crichton atau John Grisham di kalangan kita (wish!). and i do read them, even if i've been quiet.

i think i owe it to you guys to update with what's going on in my life. miss faye lepas pindah dari lenggong seolah-olah ditelan dek bumi. waktu keputusan spm keluar tak dapat jumpa pun! eh, kata pindah ke bentong, kenapa tiba-tiba muncul di pekan pulak?!

for those who are not in the know, atau tidak mahu dilabel kodi dalam senarai facebook ada bekas cikgu (hahaha! honestly, tak mengapa, saya tak terasa hati). truly, lepas pindah i was teaching in mrsm bentong. i was happy. new environment, new people, new experience. dekat dengan keluarga, tapi tak lah dekat sangat sampai boleh naik menyampah. boleh selalu balik rumah keluarga, walaupun di hujung minggu!...taklah macam kat lenggong dulu jadi tuk petapa warden sakti tahap tujuh sangkala garuda kan! rasanya pernah terdengar desas-desus kena label anak yatim oleh pelajar yang tak tahu tanya soalan, heheheh! (mesti nak laser-laser jugak!)

tapi, Allah sahaja yang maha mengetahui, hujung tahun 2009 tu, ada tebing runtuh, kalau tengok gambar...(gambar diambil menggunakan handphone lama kesayangan, dalam perjalan pulang dari kuantan ke tempat kerja ketika itu, mrsm lenggong, so jangan komplen! :p )

ye, tembok sebelah kiri tu, tapi bukan semua. tiga tingkat teratas tu tergelincir. sebab apa? ntah la...macam-macam sebab. waktu kejadian, musim hujan monsun. baru pagi kejadian hari cerah sikit, sebelum itu, empat hari berturut hujan lebat. dua hari sebelum tu, ada kejadian gegaran kecil gempa bumi di bukit tinggi, dalam 10km sahaja dari maktab tu. lepas kejadian, pihak ilham (pengkaji tanah malaysia ke apa ke tak ingat for certain) cakap struktur konkrit tak kuat, darjah potongan tanah tak sesuai (adik-adik, bila dah jadi jurutera bertauliah, jangan buat kerja macam ni tau! Ingat Allah sentiasa bila buat kerja tu).

jadi, keputusan serta merta (tak la serta sangat pun, makan sebulan juga la) kami cikgu-cikgu kena pindah duduk luar - dalam masa seminggu, jangan main-main!) para warden berkorban ye, walau rumah tek selamat sangat, asrama dan anak murid tetap kena jaga.

selang dua bulan selepas itu?! tanah masih tidak stabil dan kami semua,...ye SEMUA kena pindah.....dalam masa sebulan. ke mana? mengkala setengah daripada anak murid adalah pelajar mrsm pekan, ...dan mrsm pekan baaaaaaaru sahaja siap. ke sana lah kami kena pergi. maka, di situ la saya sekarang...dari bulan mei 2010 hingga kini. sedih tu ada, tak sedih pun ada...macam saya cakap tadi, hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

ha kau! panjang tak panjang entry kali, kalau bermula baca di tingkat bawah air terjun sambil mendaki, bila di baris ni, di tingkat tujuh air terjun agaknya korang!

1 comment:

amirul aizat said...

Thanks miss faye for teach us how to write and express. Im still writing up until now ��.

Followers