Wednesday, September 30, 2009

COUPLE

DEFINISI

Dalam sudut bahasa, istilah ‘couple’ dapat diinterpretasikan sebagai satu berbuatan berkasih saying, berpasang-pasangan, mahupun bercinta. Secara umumnya, berdasarkan perspektif masyarakat umum, ‘couple’ boleh disama ertikan dengan hubungan antara lelaki dan perempuan yang masih belum mengikat sebarang pertalian.

Berbalik kepada definisi akar, berkasih sayang dalam Islam, hukumnya ialah sunat. Justeru dalam hal ini, boleh disimpulkan bahawa aktiviti ‘couple’ tidak salah di sisi agama.

FAKTOR HUKUM HARAM

Namun begitu, hal ini dengan rapuhnya mudah dipatahkan apabila aktiviti couple banyak mendatangkan keburukan melebihi kebaikan. Atas beberapa dasar, aktiviti bercouple diputuskan sebagai haram atas beberapa faktor.

Antara faktor yang menjatuhkan couple sebagai haram ialah:

tidak mempunyai niat yang baik

Ø sebagai contoh, tujuan bercouple adalah atas dasar untuk berseronok atau tanpa sebarang tujuan positif.

Melampaui batas-batas agama

Ø Mengambil kesempatan untuk melakukan perkara maksiat seperti berzina, berkhalwat dan lain-lain lagi.

Menjatuhkan maruah wanita

Ø Mencabul kehormatan wanita seperti merogol, memaksa pasangan (bagi lelaki) mendedahkan aurat dan sebagainya.

Membazir wang

Ø Berbelanja terhadap perkara yang tidak perlu seperti memberi hadiah yang mahal-mahal, berbual melalui telefon berjam-jam, dan lain-lain lagi.

Membuang masa kepada perkara yang tidak berfaedah

Ø Ber-dating, kerap membuang masa di pusat-pusat membeli belah bersama-sama, dan perkara- perkara lain lagi.

KEBAIKAN BERCOUPLE

Berkasih sayang dalm skop ini turut membawa kebaikan. Walaupun mampu member kebahagian diri, tetapi harus diingatkan bahawa suasana ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja. Namun begitu, bagi mereka yang bijak mengambil peluang, pasangan boleh dijadikan saingan dalam akademik justeru meningkatkan lagi daya saing secara sihat.

Secara futuristik, dengan bercouple, hubungan silaturrahim jug adapt dieratkan. Sebagai contoh, rakan-rakan dari kedua-dua pihak lelaki dan perempuan dapat berkenalan dan menambah kenalan masing-masing. Tidak mustahil juga, hubungan kemasyarakatan kedua-dua belah keluarga dapat dijalinkan. Dengan terimplemen kesan positif tersebut, kita akan dapt mengecapi nikmat kasih sayang yang harmoni.

KEBURUKAN BERCOUPLE

Jika tersalah langkah, berkasih sayang boleh membawa kearah zina. Mungkin ramai yang berkeyakinan bahawa mereka tidak akan tejebak ke kancah maksiat itu. Tetapi, tahukan anda bahawa zina terbahagi kepada beberapa peringkat atau bahagian?


Zina boleh bermula sehalus mungkin. Justeru, zina mampu bermula dengan zina mata. Dengan pandangan yang terdedah meliar kea rah aurat perempuan atau sebaliknya, hal ini mampu mendatangkan syahwat lantas memandu diri ke lubuk zina.

Dari mata turun ke hati. Apabila seseorang berkenan atau berminat dengan kecantikan rupa, syaitan akan membisikkan kita kata-kata negatif yang menyimpang pemikiran kita jauh dari landasan iman. Hati akan mula membayangkan perbuatan serta perilaku maksiat yang kurang elok, seperti membayangkan diri berzina dengan si perempuan atau individu yang diminati.

Apabila syahwat telah membuak-buak, fizikal akan mula megambil alih untuk mengecapi lebih kepuasan. Sebagai kesan, zina tangan akan berlaku di peringkat ini. Khalwat serta zina fizikal akan berlaku di mana mana sahaja apabila majoriti individu gagal mengawal nafsu diri.

KESAN BERZINA

Berzina boleh mendatangkan pelbagai impak negatif dalam segenap aspek baik duniawi mahupun akhirat.

Sekiranya kita terlibat dengan gejala zina kita mungkin akan dihina oleh masyarakat setempat lantas imej keluarga akan terjejas. Hal ini turut mampu memberi kesan psikologisebagai contoh, situasi ini mampu membawa kepada tekanan kepada si perempuan sekiranya sudah terlanjur dan kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab atas kandungan tersebut. Kerosakan akidah dan akhlak juga merupakan antara kesan lain terhadap inidividu.

Berlandaskan agama, sudah pasti si pelaku akan menanggung dosa sekiranya menghampiri zina. Apatah lagi melakukan zina, kita akan mendapat kemurkaan Allah sekiranya berjinak-jinak dengan maksiat ini sebagai contoh melalui couple.

LANGKAH PENCEGAHAN ZINA

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Berdasarkan potongan ayat di atas, sudah jelas kepada kita akan punca akar berlakuya zina.

Sekiranya kita bercouple, sudah tiada lagi halangan dalam pandangan terhadap perkara-perkara yang boleh mendatangkan syahwat dan maksiat. Justeru, selain menjaga pandangan mata, mengelak dari gejala couple boleh turut membantu dalam mencegah zina.

No comments:

Followers