Saturday, April 11, 2009

Post from Jee-ha!

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum saya teruskan cerita terbaru tentang diri saya, saya minta maaf banyak-banyak sebab dah lama tak khabarkan diri ini. Sekarang ni minggu 'study week'. So, agak sibuk la juga nak study. Lebih-lebih lagi ni semester 1 saya kat UiTM Puncak Perdana. Sebelum ni saya fikir apalah yang best sangat tentang UiTM tu. Saya rasa UiTM untuk student yang tak berapa bagus sangat. Tapi setelah saya menjejakkan kaki ke UiTM, masyaAllah saya rasa saya orang yang paling bertuah. Sebabnya diri melalui satu perubahan yang tak di sangka-sangka. Saya teringat kata-kata seorang cikgu saya ni, dia cakap kalau saya belajar kat UiTM habisla saya sebab student kat sana (UiTM) teruk. Pada masa itu saya terfikir, "Betul ke apa yang cikgu cakap tu?" , tapi alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Rupa-rupanya apa yang cikgu saya cakapkan sama sekali tak berlaku pada saya. Di sini, saya berkenalan dengan seorang rakan yang merupakan housemate dan classmate saya, Ida. Pada mula-mula tinggal kat Puncak Perdana, saya dengan Ida rajin juga turun surau. Bukan nak membangga diri, tapi itulah permulaan perubahan diri saya. Dengan izin Allah, pada satu hari, ada seorang kakak ni ajak saya dengan Ida join halaqah sebab masa tu kami berdua ada kat dalam surau Al-Iqra'. Jadi kami pun join la program halaqah tu. Lepas tu, akak tersebut, kami panggil dia Kak Miha, dia ajak kami join usrah pula. Disebabkan masa tu kami memang takde apa-apa aktiviti, jadi kami pun join la. Sejak itulah, banyak perubahan yang berlaku pada diri saya. Pelbagai input yang saya peroleh sepanjang usrah berlangsung, dan semalam merupakan usrah terakhir kami untuk Sem ini. Sedih juga rasanya. Sebenarnya, usrah itu telah membantu saya menjadi seorang gadis dan muslimah yang beriman, insyaAllah. Dulu, saya sela;u juga pakai baju T-shirt yang singkat. Tudung pun tak labuh sangat. Tapi, dengan kehendak Allah, Kak Miha ajak saya dengan ahli usrah yang lain join Kem Ibadah anjuran PMH(Persatuan Mahasiswa Hadhari).

Kem itu telah memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan dakwah. Yang paling penting kem itu telah mengeratkan dan membuangkan perasaan sakit hati, dengki, dan busuk hati terhadap Ida, rakan yang sentiasa bersabar dengan sikap panas baran saya ni. Saya menangis sebab saya selalu sakitkan hati Ida walhal dia tak bersalah apa-apa pun pada saya. Saya nak minta maaf pada Ida atas kelakuan saya. Saya pun tak tahu la kenapa saya asyik nak marahkan dia walaupun dia tak bersalah. Saya tahu dia baik, tapi syaitan suka mencucuk-cucuk saya dan menaikkan api kemarahan pada orang yang banyak berusaha mengubah diri saya ni. Alhamdulillah, sejak saya pulang dari kem Ibadah tersebut, tiada lagi perasaan benci, hasad dan sakit hati pada Ida. Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan kehendakNya, saya diberi peluang untuk hadir ke kem tersebut walaupun pada mulanya saya malas nak pergi. Tetapi kerana saya yakin dengan hikmah ALLAH, maka saya turut serta juga dalam kem tersebut.

3 comments:

Aizat said...

Wow! Jiha! bestnyew dkt UiTM! Em, alhamdulillah la kalau cmtu..moga2 Jiha berjaya dlm ape jua bidang yg diceburi..kte akn mncontohi jiha utk sentiasa menghargai dan mendoakan kawan a.k.a rakan perjuangan kita..anyway, good luck ye, Jiha!!!

syereen said...

salam, jiha...untungnye kamu.. sronok kalo de kt tmpt kamu... kte harap jiha dpt share la input2 yg jiha dpt.. kte nk jgk jd muslimah yg sejati..insyaAllah la..papepn, smoge bjye d sne..

munirah said...

huhuu jiha... kite da suro ida bace kamu nyer posting ny... hehe.. kite pown nak jadi cam kamu lar... next sem kot...

Followers