Friday, November 28, 2008

Kawanku lawanku, kawanku temanku


Agak sebak hati aku setelah 5 tahun bersama-sama sahabat memerah keringat, mengawal emosi, bermain cinta di dalam sebuah perkampungan yang dipanggil sekolah. Di alma mater inilah kita semua telah bermastautin demi menjalankan amanat Allah dan ibu bapa dalam meneruskan kecemerlangan.


Sepanjang-panjang tempoh itu, kadang-kadang kite sendiri terlupa dan lalai akan objektif major kita di situ. Terlalu banyak anasir yang datang menerjah mendominasi fikiran hinggakan ada yang tercicir dan tergadah. Namun dengan adanya insan yang bernama kawan, kita kembali ke dunia yang nyata dan celik semula. Aku bersyukur kerana dianugerahkan Allah untuk mendapat sahabat yang berhati mulia dan sentiasa prihatin akan kebajikan sahabatnya. Sahabtku ini seringkali mengingatkan aku untuk tidak meninggalkan kewajiban sesahi semalam sebagai seorang mukmin. Adapun kala terdetik dihati aku akan perasaan malas dan bosan, aku tidak sanggup untuk menolak pelawaan yang mampu membawa bonus berlipat ganda di akhirat kelak. Maka aku seraya beriktikad bahawasanya Allah telah mentakdirkan aku untuk melakukan amal kebaikan. Namun sudut negatif aku bangkit berprotes.


Tiada gunanya kebajikanmu sekiranya tidak disusuli dengan keikhlasan. Lebih baik kau oksidasikan glukosa itu untuk keriangan kerana hidup hanya sekali!”.


Aizat, jangan bersikap pessimistik! Ini adalah latihan bagi kamu untuk memupuk keikhlasan. InyaAllah akan lahir keikhlasan setelah kamu asyik melakukannya.”


Namun, angkara insan yang bergelar kawan jugalah yang membuatkan aku hilang pertimbangan. Sudah tidak kenal halal haram. Aku bergelendangan dalam asap kemaksiatan yang amat berpotensi tinggi mengguris hati kedua orang tuaku. Lantaran itu, aku berkonklusi dan melakukan perkara yang agak gila. Aku cuba menyingkirkan kawan-kawan rosak keluar dari rutinku. Impak positif yang ku terima. Namun si negatif sering lebih gagah menindas kebaikan. Aku kehilangan terlalu ramai kawan keran mereka semua telah rosak akhlak bagiku! Aku terlalu sombong dan terlalu belagak mulia hingga menyangkakan yang aku adalah yang terbaik dan terlalu baik. Ternyata padah jawabnya tidak menghargai kawan. Hatiku korosif dihakis tindakanku sendiri.


Sejak itu, aku telah belajar erti perlunya menghargai seorang kawan. Setiap insan tidak sempurna dan manusia sering kali melakukan kesilapan. Aku telah melakukan kesilapan. Lantas, aku berinisiatif mengeratkan semula silaturrahim degan memahami dan mendalami factor mengapa mereka berkelakuan demikian. Walaupun aku tidak setuju dengan keputusan yang diambil mereka namun aku menghormati keputusan mereka sebagai seorang kawan.


Sebagai menggulung coretan ini, aku ingin mengingatkan semua sahabatku agar belajar memahami kawan. Aku tahu yang aku juga kadang-kadang tidak menghargai pengorbanan seorang kawan. Namun dengan kawan jugalah aku belajar mengenal erti keikhlasan dan ketulusan. Justeru, korang rajin2 lew mesej itew yewk kalo ade mase! Bosan gilew duh! Kalau korang ajak chat, itew on jew! (kalau credit kite byk larr…Kot?)



3 comments:

nani said...

eyt aizat,,
ei..cdey la plak..
aku dah rindu sgt ngan delta..
xtau ble bley jumpe kan..
ko jgn lupe aku..
n aku akn sntiase ingat delta smpai kapan pun..(pengaruh cite indon).. nt kite sembg lme2 kat ym..mish n love u all so much!!

nani said...

"ItS TaKeS BiLlIoNs oF pEoPlE To CoMpLeTe ThE WoRlD...

bUt It oNlY TaKeS 29 PeOpLe iN 5 dElTa To cOmPlEtE mInE.."

Nur Syereen Aqeelah said...

delta... miz u all..
hope sgt2 dpt kumpul rmai2 balik...
aizat invite kite...
email kte...
sfsyereen_aqeela@yahoo.com
bye..

Followers